Ahad, 4 Oktober 2009

Hutan ooo hutan...

Salam...
Sori lama x log in...
Buzy la...
Ni ada info baru...
Slamat membaca...

Memusnah ladang sawit haram

AKTIVITI pembalakan haram 'meratah' hutan di Indonesia.
SELAMA berdekad-dekad, bunyi bising gergaji di Taman Negara Indonesia hanya menandakan satu perkara iaitu aktiviti pembalakan haram yang 'meratah' kawasan hutan. Sekarang, bunyi bising gergaji membawa berita baik kepada masyarakat setempat. Semuanya kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha menghalang pertumbuhan perladangan kelapa sawit secara haram di kawasan hutan hujan terlibat.
Tindakan itu juga dipercayai mampu mengekang masalah pembasmian hutan tanpa kawalan, selain mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida. Penghentian aktiviti pembalakan untuk aktiviti perladangan kelapa sawit turut menyumbang kepada pemuliharaan ekologi alam yang terpenting di hutan tropika serta habitat haiwan.
Dalam tindak balas pertama dan cukup efektif, beberapa buah badan bukan kerajaan iaitu Agensi Pemeliharaan Aceh (Bpkel) dan pasukan polis telah berganding bahu untuk menghapuskan puluhan ribu ladang kelapa sawit. Ia beroperasi secara haram di ekosistem Leuser seluas 2.5 juta hektar.
LONGGOKAN buah kelapa sawit sedia untuk diangkut ke kilang.
"Spekulator perladangan, pemaju atau tak kira apa jua panggilan yang diberi bertindak membangunkan kawasan tersebut dengan sewenang-wenangnya," kata Mike Griffiths dari Bpkel, sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Gabenor Aceh, Yusuf Irwandi. Bpkel menguruskan Leuser sejak 2006 setelah wilayah yang terletak di bahagian utara Sumatera itu meraih mandat besar dari Jakarta, Indonesia.
"Mereka buat apa sahaja sesuka hati. Masuk hutan, tebang pokok dan tanam tanaman seumpama ini seperti kawasan mereka sendiri," katanya.
Setahun selepas Indonesia mengambil alih gelaran pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia daripada Malaysia, ratusan peladang haram dipercayai menjadi dalang kepada kekuasaan sumber itu. Sebuah laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2007 mendapati penukaran status hutan kepada penanaman kelapa sawit menjadi punca utama penebangan hutan.
Situasi itu wujud di 37 daripada 41 taman negara di Indonesia. Leuser, hutan hujan terbesar di Sumatera dan habitat semula jadi terakhir bagi harimau Sumatera, gajah, orang hutan dan badak sumbu yang berada di ambang kepupusan, diklasifikasikan sebagai hutan yang paling terjejas teruk.
Badan-badan pengelolaan industri kelapa sawit seperti Persatuan Kelapa Sawit Indonesia (Gapki) bertegas supaya semua operasi perladangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan sesiapa sahaja yang melanggari arahan itu akan dikenakan tindakan keras.
Di Leuser, sebanyak 11 estet dikenal pasti di kawasan seluas 12,000 hektar dan ia merupakan sejumlah kecil daripada 50 perladangan haram seperti mana yang diadu oleh Bpkel. Badan-badan bukan kerajaan di Aceh menyalahkan kegiatan rasuah menjadi penyebab utama.
Poket pegawai penguat kuasa diisi dengan wang sogokan bernilai jutaan rupiah bagi mendapatkan tawaran atau dokumen sokongan sah. Bagaimanapun, pegawai perhutanan menyatakan kekaburan maklumat dan kekeliruan adalah faktor penggalak penularan rasuah.
Peta yang tidak jelas, pertindihan hak milik tanah dan percanggahan kawasan penguasaan antara penduduk tempatan, syarikat dan wakil kerajaan menyukarkan kerajaan menentukan sempadan hutan. Ini termasuk hutan Leuser yang diwartakan di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
PENGUATKUASAAN yang lemah menjadi antara punca pembalakan haram berleluasa di hutan Indonesia.
"Sempadan ini tidak bersamaan dengan keluasan kawasan di atas tanah," ujar Syahyahri, Ketua Jabatan Perhutanan Aceh Tamiang.
"Penduduk kampung tidak tahu siapa yang memiliki hutan ini kerana tidak pernah lihat di atas peta. Baru sekarang, kita kumpul maklumat untuk membina sempadan tetap," ujarnya.
Industri kelapa sawit Indonesia juga dipersalahkan bagi pembebasan berbilion-bilion tan karbon dioksida ke ruang udara. Selain itu, penghantaran dan pembekalan minyak sawit ke negara luar bagi industri coklat, syampu, sabun dan minyak biologi turut menyebabkan pengguna terdedah kepada risiko ramuan yang tidak sah.
Memandangkan isu itu telah menjadi tajuk utama sejak sekian lama, kini wujud satu pertimbangan serius ke atas impak yang ditinggalkan pada alam sekitar dan struktur sosial.
Selain penarikan keluar sumber pelaburan, syarikat Cadbury di New Zealand telah menghentikan penggunaan minyak sawit setelah ditentang oleh sekumpulan pejuang aktiviti penebangan hutan.
Namun begitu, bagi sesetengah pihak yang lain, aktiviti pembalakan itu seperti sesuatu yang boleh diterima akal.
Dengan banyak tanah sah yang telah diperuntukkan untuk tujuan tertentu, penguatkuasaan yang lemah, sumber tenaga kerja yang amat besar di kawasan terpencil dan harga minyak sawit yang tinggi, ia menjadi faktor pendorong semua itu terjadi. - Reuters

Sumber: kosmo online

Selasa, 21 Julai 2009

Alam Damai

Salam...
Alam terpelihara...
Nikmati nya...

ALAM DAMAI

Jungle Lodge mewah kehijauan




“NASIB baik kawasan ini tidak diwartakan sebagai sebuah taman rekreasi. Kalau tidak ia mungkin menerima nasib yang sama seperti Sungai Congkak dan pusat rekreasi yang lain,” ujar Pengurus cawangan The Jungle Lodge Alang Sedayu di Ulu Gombak, Selangor, Baiduri Mohamed Hassan.

Benar, ‘dara’ kawasan hijau Hutan Simpan Hulu Gombak itu masih begitu kuat terasa. Malah, udara yang dihirup di situ cukup menyegarkan. Bunyi air sungai yang mengalir pula mudah saja menguntumkan senyuman di wajah.

Mula beroperasi sejak tahun 1991, kem yang beroperasi bersebelahan dengan hutan simpan primer berusia lebih 130 tahun itu sebenarnya terbina kerana ‘dendam’ pemiliknya, Anthony Wong, 52, terhadap sikap ambil mudah orang ramai ke atas usahanya untuk menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar.


BANGLO dua tingkat di tengah-tengah kem ini dibina sejak tahun 1991 dan tidak pernah ditukar ganti.


“Ketika saya berceramah, mereka menunjukkan minat dan persetujuan terhadap apa yang saya bentangkan. Tetapi rupa-rupanya mereka sekadar bermuka-muka. Apa yang mereka cakap dan apa yang mereka buat ialah dua perkara yang berbeza,” kata Wong yang aktif sebagai aktivis alam sekitar.

Situasi itu membuatkannya berfikir panjang. Akhirnya dia akur – kalau hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.

Jungle Lodge Alang Sedayu, kata Wong, dibina bagi mendidik kanak-kanak menghargai alam semula jadi. Namun, di luar jangkaannya, setelah beroperasi, ia menarik perhatian banyak pihak, termasuk pelancong asing dan kumpulan insentif yang mewakili syarikat gergasi dari serata dunia sebagai tapak kem motivasi.


PENGUNJUNG juga berpeluang menyaksikan demo Orang Asli tempatan menyumpit.





“Jungle Lodge seperti duta kepada Malaysia. Ia mewakili sebahagian kemewahan alam semula jadi yang dapat ditemui di Malaysia,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan Asian Overland Services (AOS) itu.

Terpeta di atas tanah seluas 2.2 hektar berdekatan kawasan penempatan Orang Asli Kaum Semai, Wong mendedahkan, kem itu menggunakan khidmat generator untuk membekalkan tenaga elektrik dan air sehingga tahun 1997.

“Ia satu proses yang panjang. Tetapi syukur, sekarang sudah ada bekalan elektrik dan air,” katanya.

Menariknya, kem yang menawarkan aktiviti dan laluan treking itu menggunakan laluan yang merupakan dua terowong dari zaman peninggalan tentera komunis pada era Perang Dunia Kedua.

Banglo dua tingkat di tengah hutan

Menjadi satu-satunya kem yang diiktiraf dan menepati piawaian Akreditasi Kem Amerika (ACA) di Malaysia, Jungle Lodge memiliki sebuah banglo yang menarik yang ditempatkan di tengah-tengah kem itu.

“Ia tidak pernah diganti. Inilah bangunan asalnya, masih kukuh dan berada dalam keadaan yang baik,” tambah Wong.


SESI menikmati buah-buahan dari kawasan laman The Lodge menjadi tarikan di sini.


Bangunan dua tingkat yang dibina dalam gaya Melayu lama itu tampak begitu gah terutama apabila dikelilingi kehijauan alam semula jadi. Warna coklat kayunya juga sedikit pun tidak lusuh dimakan cuaca mahupun masa.

Tingkat bawah dibuka sepenuhnya dengan ruang santai tanpa dinding kecuali pada bahagian tandas dan pejabat di tengah-tengah binaan. Meninggalkan tiang-tiang berdiri dengan iringan pagar beranda setinggi paras pinggang, dari situ orang ramai dapat menikmati pemandangan air Sungai Pisang yang deras mengalir.

Menurut Baiduri, bahagian itu dijadikan sebagai salah satu tempat beraktiviti, khususnya aktiviti di dalam bangunan.

“Seperti untuk hari ini, kami mendapatkan perkhidmatan Orang Asli tempatan untuk membuat tarian sewang. Di sinilah ia dijalankan,” kata Baiduri.

Menyaksikan sendiri tarian itu dilakukan, ruang itu adalah pilihan yang baik kerana ia menyumbang kepada suasana mesra memandangkan material kayunya yang selesa.


DARI KIRI IKUT ARAH JAM: ASRAMA yang dapat memuatkan sehingga 100 orang pada satu masa ini dibina di 'atas' kolam.
PINTU masuk ke sini bermula dengan jambatan yang merentasi Sungai Pisang.
KEMUDAHAN bilik tidur yang terdapat di dalam banglo The Lodge.
RUANG santai tidak berdinding untuk pelbagai aktiviti.


Di tingkat atas, enam bilik tetamu sedia menanti. Empat daripadanya siap dipasang jaring pada setiap tingkap.

“Di sini tidak banyak nyamuk kerana kami sering menjalankan penyemburan menghalau nyamuk,” kongsi Baiduri yang menganggap pemasangan jaring itu turut meyakinkan tetamu terhadap tahap penjagaan kesihatan di situ.


TARIAN sewang menanti pengunjung yang mahu menikmati 'keaslian' Hutan Simpan Hulu Gombak.


Kem itu juga menyediakan bilik asrama yang boleh menempatkan sehingga 100 orang pada satu masa.

Buat mereka yang mahukan cabaran alam, tapak perkhemahan yang dapat memuatkan 60 khemah serentak juga sedia digunakan.

Sumber...Kosmo online...

Isnin, 20 Julai 2009

Kitar Semula

Salam...
Pernah dengar pepatah "Melentur buluh,bairlah dari rebungnya"...
Kali ini kita membawakan berita...
Kitar semula...
Selamat membaca...

Semai amalan kitar semula


PEMENANG tempat pertama kategori sekolah menengah, SMK Bukit Jelutong.



PELAJAR-PELAJAR sekolah yang menyertai pertandingan kitar semula anjuran F&NCC dan MBSA bergambar bersama penganjur.


MENANAM amalan kitar semula dalam diri seseorang bukan mudah sekiranya ia tidak disemai dan dilatih ketika usia muda.

Berasaskan rasa tanggungjawab untuk menyelamatkan bumi daripada limpahan sampah-sarap yang sebenarnya masih boleh digunakan lagi, pelbagai pihak tidak ketinggalan menganjurkan program kitar semula.

Langkah yang sama turut dilakukan oleh F&N Coca-Cola (M) Sdn. Bhd., (F&NCC) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam membentuk anak-anak muda khususnya golongan pelajar supaya mempraktikkan amalan kitar semula.

Namun, ia bukan sekadar program kosong, sebaliknya satu pertandingan yang mampu meningkatkan semangat pelajar untuk menjayakan kempen kitar semula.

Nampak gayanya program berbentuk pertandingan itu memberikan impak yang besar. Hasil titik peluh 32 buah sekolah rendah dan menengah yang terlibat 'Kempen Kitar Semula F&NCC & MBSA Kali Ke-3' berjaya mengumpulkan sebanyak 105,394.80 kilogram (kg) barangan kitar semula.

Pada mulanya barangan tersebut hanya dibuang di kawasan pelupusan tetapi berjaya dipungut dan dihantar ke pusat kitar semula di sekitar Selangor.

Datuk Bandar Shah Alam, Mazlan Mohd. Noor meluahkan rasa bangga dengan usaha cemerlang para pelajar, guru dan ibu bapa yang menjayakan kempen berkenaan.

"Saya mendapati kempen kitar semula berjaya mencetuskan kreativiti dalam kalangan pelajar. Mereka mengilhamkan pelbagai cara dan strategi baru untuk menang serta bertanggungjawab terhadap amalan kitar semula.

"Diharapkan susulan kempen ini, para pelajar akan meneruskan tabiat dan budaya kitar semula kerana faedahnya begitu besar," ujar Mazlan.

Bagi kategori sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan (SK) TTDI Jaya memecah rekod dengan mengutip seberat 21,874kg barangan kitar semula.

Mereka berjaya membolot hadiah wang tunai RM1,300 selaku pemenang kategori sekolah rendah dan RM600 selaku pemenang Anugerah Khas ekoran kejayaan memungut seberat 1,459 kg barangan plastik, jumlah terbanyak bagi kategori sekolah rendah dan menengah.

Tempat kedua dimiliki oleh SK Seksyen 9 dengan jumlah kutipan 8,696 kg dan SK Seksyen 19 selesa di tempat ketiga.

Sementara itu, bagi sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong berjaya mengumpul kutipan sebanyak 10,676kg dan membawa pulang hadiah tempat pertama wang tunai sebanyak RM1,300.

"Kemenangan ini meningkatkan semangat kami untuk mencapai jumlah kutipan lebih 25,000kg pada tahun depan," kata Penasihat Kelab Pencinta Alam, SMK Bukit Jelutong, Azka Zihni Mohd. Azhar.

Tempat kedua pula SMK Seksyen 19 yang berjaya memintas SMK Seksyen 18.

Menurut Pengurus Besar Sumber Manusia & Hal Ehwal Korporat F&NCC, Simon Sim, matlamat mereka adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan jangka panjang kitar semula di samping menyahut seruan kerajaan menggalakkan kempen kitar semula.

Rabu, 15 Julai 2009

Kayu Terpakai...

Salam...
Hr ni saya nak ajak shbt2 berbisnes...
Slmt membaca...

Kayu terpakai lebih bernilai

Kalau ternampak bangunan kayu lama hendak dirobohkan, fikirkan peluang.




"RAMAI orang tak percaya kepada kayu terpakai. Bimbang tidak tahan lama, tidak kukuh dan sebagainya. Hakikatnya sifat kayu, lebih kering lebih tahan lama kerana ia lebih keras.

"Tetapi perlu faham juga ragam kayu berlainan spesies. Bukan semua jenis kayu sesuai dipasang pada semua bahagian rumah," kata kontraktor pembinaan dan rekaan daripada Zaki Carpenter, Ku Zaki Ku Mansor, 39.

Tambah Zaki, kayu yang lebih matang lebih jelas kecantikan urat kayunya. Aspek itu tentu penting buat mereka yang benar-benar menghargai elemen kayu.

Kayu terpakai juga, kata Zaki, separuh lebih murah berbanding harga kayu baru, sedangkan kayu baru lebih banyak ragamnya kerana belum cukup matang.

"Lebih cantik, lebih tahan lama dan lebih murah. Bagi saya ia lebih memberi kepuasan kerana kayu lama banyak kelebihannya," kongsinya yang menerangkan kayu baru memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk kering.

Demi menunjukkan kesan yang dapat dihasilkan melalui kayu terpakai, Zaki menjemput krew Jurnal untuk melihat sendiri sentuhannya pada sebuah rumah teres di Subang Jaya, Selangor.

"Untuk rumah ini, kami gunakan 100 peratus kayu terpakai yang berusia lebih 80 tahun daripada spesies merbau, cengal dan balau," ujar Zaki ketika mempelawa kami masuk ke pekarangan rumah itu.

Dari pagar dan dinding depan rumah sehinggalah ke pintu utama, kekuatan aura elemen kayu begitu terasa.


GAMBAR ATAS: (dari kiri) Trisha, Sharmila, Matthew dan Kyle berpuas hati dengan hasil pengubahsuaian menggunakan kayu terpakai.
KANAN: KANAN: Ku Zaki yakin kayu lama lebih baik daripada kayu baru.


Mungkin juga kerana ia kelihatan sangat jauh berbeza berbanding rumah yang mengapitnya di kedua-dua belah. Namun, yang jelas, rumah itu terasa 'hidup'.

Memasang dek di depan pintu masuk utama, pintu itu juga mudah menarik perhatian.

"Kemungkinan besar pintu ini pernah digunakan di mahkamah. Lihat saja saiz daun pintu, engsel dan selaknya. Ia juga dicat sehingga enam lapis.

"Orang lain tak mahu membelinya kerana cat itu. Tetapi saya percaya ia dapat menghasilkan sebuah pintu yang cantik kalau dikikis catnya," kata anak kelahiran Kedah itu.

Fahami sifat kayu


ATAS: Elemen kayu yang disuntik pada beberapa bahagian dapur ini membuang rasa hambar sebuah rumah teres konkrit.
TENGAH: Gaya tradisional jelas kelihatan pada dinding kayu yang disusun gaya tindih kasih.
BAWAH: KANAN: Anak tangga ini menggunakan kayu balau manakala pahanya pula daripada kayu merbau.


Memijak lantai di dalam rumah yang dilapisi kayu sepenuhnya, bunyi berkeriut yang dihasilkan mudah mengimbau ingatan penulis terhadap rumah kampung yang sudah lama dirobohkan.

Aras lantai ruang tamu itu tidak berapa tinggi, namun keterujaan merasa kelembutan kayunya tetap sama.

"Kalau orang tak faham ragam kayu, susah untuk mereka menerima 'kekurangan' kayu. Kalau kayu merekah, bukan kerana ia tidak tahan, tetapi mungkin sebab terlalu keras.

"Menjadi sifat kayu juga mengembang ketika cuaca panas dan mengecut apabila sejuk. Kayu juga tidak ada yang sempurna. Keras sepenuhnya atau lembut sepenuhnya.

"Tak ada sekeping kayu yang betul-betul sama dengan kepingan yang lain walaupun sama jenis," terang Zaki panjang lebar.


DARI KIRI IKUT ARAH JAM: Jika kena gayanya, elemen kayu dapat juga meluahkan kemodenan.
BILIK tidur utama ini menonjolkan efek ketenangan melalui dinding dan pintu kayunya.
BAWAH: Kayu terpakai lebih cantik, tahan lama dan murah.
Papan kayu merbau yang melapisi lantai seluruh rumah ini menjadikannya tampak eksklusif.


Benar-benar menghayati ilmu perkayuan, rupa-rupanya Zaki sudah pergi ke merata tempat untuk mempelajari ragam kayu, termasuklah ke Myanmar untuk mengkaji kayu jati terbaik di dunia di sana.

"Kalau mahu jadi tukang kayu, kena tahu sekurang-kurangnya 10 jenis kayu dengan baik, barulah mudah untuk buat kerja," ujarnya.

Beliau menambah, mengubahsuai rumah dengan memasukkan kayu terpakai lebih lancar sekiranya semua pihak yang terlibat meminati kayu.

"Ini kerana bukan mudah untuk menerangkan ragam kayu yang terlalu banyak," katanya yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam pertukangan kayu.

Rumah yang didiami empat isi rumah itu bagaimanapun masih berdinding simen.

"Selalunya saya pergi mencari sumber kayu dahulu sebelum duduk bersama arkitek, jurutera dan tuan rumah untuk menghasilkan satu-satu pelan rekaan.

"Bajet tuan rumah juga perlu diperhatikan. Tambahan, untuk zaman sekarang, walaupun tuan rumah mahukan unsur tradisional, lebih sesuai untuk menggabungkan simen dan kayu supaya ia tidak kelihatan terlalu 'lama,'" jelas Zaki.

Lebih banyak guna pasak




Menariknya, Zaki berkongsi, ubahsuai menggunakan kayu terpakai itu juga dilakukan menggunakan teknologi kuno.

"Semua penyambungan (kayu) dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis tanggam, pasak, dan baji. Jadi tidak banyak paku digunakan di sini.

"Selain menjimatkan, ia selaras dengan kemahuan pemilik yang mahu mewujudkan unsur tradisional di dalam rumah ini," jelasnya.

Ditanya lanjut tentang kayu terpakai, kata Zaki, ia datang daripada bangunan lama yang dirobohkan seperti kilang, sekolah dan rumah.

"Kalau ada bangunan kayu lama yang hendak dirobohkan, cepat-cepat saya ke sana untuk membeli kayu. Tetapi tidak boleh terus beli. Kena menang tender juga kerana walaupun pasarannya kecil, tetap ada pemainnya.

"Sumber selalunya terhad. Disebabkan itu, ia mengambil masa antara satu hingga dua bulan untuk saya mendapatkan bahan bagi satu-satu projek pembinaan atau pengubahsuaian," jelasnya.


Di petik dr Kosmo on9...

Isnin, 13 Julai 2009

Maliau Basin

Salam, Jom la pergi Sabah...

Pusat kajian flora dan fauna

Asalnya adalah konsesi balak milik Yayasan Sabah. Namun, hari ini Lembangan Maliau menjadi syurga untuk pencinta alam yang dambakan kehijauan yang masih terpelihara.




"KALAU tutup mata pun saya boleh balik ke kem. Tiada masalah," kata lelaki itu dengan nada selamba. Peliknya, saya tidak menghidu sebarang rasa riak dalam diri lelaki berusia 25 tahun yang lebih senang dengan panggilan Rudy.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat kerana dia begitu bangga bertugas sebagai salah seorang ranger (penjaga hutan) di hutan hujan tropika yang berusia jutaan tahun tersebut.

Malam itu gelap pekat. Angin kadangkala bertiup keras, menggoyangkan dahan dan daun yang menghasilkan kesan bunyi yang agak menyeramkan.

Sementara bintang-bintang pula seakan-akan disorok di balik awan tebal yang sarat mengandungi air, hanya menunggu masa untuk dicurah ke bumi.

Atas rasa ingin tahu dan mahu melihat binatang liar seperti rusa atau musang melintas di depan mata, perasaan itu terpaksa disimpan seketika.

Termangu dalam gelap, semua tangan sibuk menghalakan lampu suluh ke arah dahan-dahan pokok dan semak berhampiran. Dengan harapan, untuk melihat binatang atau serangga yang aktif mencari hidangan pada waktu malam.

"Tengok atas tu. Ada dua mata berkilat-kilat," kata seorang rakan, memecah kesunyian. Pantas, semua lampu disorot ke arah yang sama dan mula meneka apakah binatang itu sebenarnya.

Syurga penyelidik

Setelah mengamati objek itu beberapa ketika, Rudy memberitahu itu adalah seekor tupai terbang. Sewaktu perjalanan pulang, Rudy sempat menunjukkan kesan tapak kaki rusa yang masih baru di atas laluan berlecak itu.

"Rusa lalu di sini tadi. Mungkin sebab kita bising, jadi dia lari lah," katanya.


PEMBANGUNAN di kawasan ini dilaksanakan secara minimum.


Hutan yang dipanggil Lembangan Maliau atau Maliau Basin ini sememangnya menjadi syurga kepada para penyelidik dan pencinta flora dan fauna.

Diselia oleh Yayasan Sabah, pengawasannya turut dibantu oleh beberapa pihak lain termasuklah Jabatan Perhutanan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Muzium.

Disebabkan keunikan Lembangan Maliau, perjalanan sukar dan berdebu sejauh lebih 100 kilometer dirasakan cukup berbaloi.

Lembangan Maliau yang diliputi hutan asli seluas 390 kilometer persegi itu sebenarnya disempadani oleh tebing yang menjangkau ketinggian 1,675 meter dari aras laut.


DARI ATAS IKUT ARAH JAM: PERIUK KERA.
SPESIES kulat yang banyak terdapat di hutan Maliau.
TUMBUHAN berwarna-warni pasti membuatkan eksplorasi lebih menarik.
PENGUNJUNG boleh melihat pelbagai spesies tumbuhan yang unik di Lembangan Maliau.


Keistimewaan Maliau Basin pastinya tertumpu kepada kepelbagaian spesies hidupan liar, sumber air sungai dan air terjunnya. Maka tidak hairanlah jika ia sangat berpotensi menjadi satu lokasi pusat kajian yang sempurna.

"Kawasan ini masih tidak terusik oleh pembangunan. Lagipun, Maliau Basin tidak dibuka kepada semua dan mesti mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan. Mereka yang selalu datang ialah para pelajar dan penyelidik daripada universiti tempatan dan luar negara, termasuklah Universiti Harvard.

"Pengunjung juga tidak dibenarkan membuat sebarang kerosakan. Sehelai daun pun tidak boleh dicabut dan dibawa keluar," kata seorang ranger hutan dari Unit Hospitaliti dan Rekreasi, Mohd. Rafi Bunggau, 38.

Gaharu

Selaku salah seorang ranger, Rafi mengakui pasukannya berdepan cabaran dalam memastikan kayu gaharu yang sangat bernilai tidak dicuri. Harganya yang dinilai mengikut gred boleh mencecah sehingga RM8,000 sekilo (untuk gred A).


LOKASI kajian flora dan fauna ini dilengkapi dengan struktur yang lengkap.






LEMBANGAN Maliau boleh ditinjau dari udara dengan helikopter.


Justeru, pemantauan dan rondaan secara berkala perlu dilaksanakan. Selain itu, sekatan jalan raya juga diadakan bagi menyekat pencuri daripada membawa keluar kayu gaharu dan menjualnya di pasaran gelap.

"Tahun lalu sahaja, sudah tiga kes melibatkan kayu gaharu dicatatkan. Kami juga bertanggungjawab memantau aktiviti pemburu haram yang masuk melalui jalan-jalan pembalakan.

"Mujurlah kami mendapat bantuan daripada syarikat pembalakan untuk memberi maklumat dan melakukan pemeriksaan," tambah seorang ranger kanan, Kho Ju Ming.

Menurut Pengurus Kawasan Pemuliharan Maliau Basin (MBCA), Hamzah Tangki, 36, misteri Lembangan Maliau terletak pada geomorfologinya yang secara langsung mempengaruhi kriteria tumbuh-tumbuhannya.

Lokasi air terjun

Berdasarkan kepada penyelidikan teknikal yang sudah dilaksanakan, pihak pengurusan telah mengklasifikasikan 12 jenis ekologi tumbuhan di sana.

Lebih menarik, hutan itu menjadi lokasi kepada air terjun yang tidak terkira banyaknya. Setakat ini, lebih 10 tapak air terjun dijumpai. Masih banyak yang belum diteroka dan diberi nama.

Hamzah turut menyatakan kelegaan kerana hutan ini sudah digazetkan di bawah Perlindungan Hutan Simpan Kelas 1 bermula pada tahun 1997.

"Kini, pengurusan harus dilaksanakan secara mampan kerana Maliau Basin sudah mula dikenali sebagai satu destinasi pelancongan. Konsep kawasan yang dilindungi membuatkan kami perlu memastikan tidak wujud konflik antara aspek pelancongan dan penyelidikan.

"Jadi, pembahagian zon telah dibuat. Maknanya, ada zon yang boleh dilawati dan ada kawasan yang tidak dibenarkan masuk," katanya.

Menyentuh tentang komuniti yang tinggal berhampiran, pihaknya juga telah mengadakan pelbagai kempen kesedaran.

Terutamanya melibatkan kegiatan seperti memburu binatang dan mencari kayu gaharu yang sudah begitu lama diamalkan oleh masyarakat peribumi di sini. Apatah lagi, Lembangan Maliau terletak hampir dengan banyak kampung tradisional.

Biarpun terletak jauh dari jalan utama, Maliau Basin tidak kurang dari segi infrastrukturnya. Mula dibina sejak tahun 1999, ia dilengkapi dengan bangunan pejabat, bilik seminar, mini teater dan perpustakaan. Sementara itu, bangunan untuk para saintis dan makmal masih berada dalam proses pembinaan.

Asrama

Asramanya pula boleh menampung sehingga 64 orang dalam satu-satu masa dengan selesa. Bagi yang sukakan aktiviti lasak, mereka boleh menjalani aktiviti trekking ke kem-kem satelit untuk melihat air terjun.

Anda juga boleh menikmati keindahan alam sewaktu melalui titian gantung, laluan denai dan banyak lagi.

Pengunjung tempatan dibahagikan kepada kategori A, B dan C. Kumpulan A merujuk kepada pelajar universiti, B ialah penyelidik dan C merupakan pelawat dewasa yang datang tanpa tujuan kajian atau sebagainya.

Kategori bagi pelawat dari luar negara pula ialah D, E dan F yang merujuk kepada aspek sama seperti kategori A, B dan C.

Bayaran yang dikenakan juga berbeza. Misalnya, untuk pelawat tempatan, cajnya ialah RM15 seorang. Mereka dari luar negara dikenakan bayaran sebanyak RM50 bagi setiap individu.

Had masa untuk berada di Lembangan Maliau bergantung kepada pakej yang diambil dan kelulusan yang diterima.

Para pengunjung yang ingin bertandang ke sana digalakkan untuk memandu kenderaan pacuan empat roda walaupun sejak dua tahun lalu, Perodua Kancil sudah mampu untuk meredah laluan yang sangat berdebu dan sampai ke pintu utamanya.

"Namun, mereka perlu menghubungi kami untuk dibawa masuk menaiki trak. Mungkin dalam tempoh dua tahun akan datang, jalan utama akan siap dan akses akan menjadi lebih mudah.

"Saya berpendapat, orang ramai harus tahu tentang peranan hutan dan ekosistemnya. Sebagai contoh, Maliau Basin berfungsi sebagai pusat tadahan air untuk Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah.

"Harapannya, pengunjung akan lebih menghargai peranan kami dalam menjaga keharmonian alam sekitar. Sambil menikmati keindahan semula jadi, ambillah peluang untuk menimba ilmu," ujar Hamzah.

Diambil dari Kosmo...

Ahad, 21 Jun 2009

RIMBA MU RIMBA KU JUGA

Salam, kali nie kita bersajak la yek...

Di sana,
Ku lihat,
Rimbunan pepohonan,
Menutupi hamparan bumi.

Di sana,
Bukan kau sahaja yang tahu,
Aku pun tahu,
Ada pokok,
Haiwan,
Air sungai,
Menghiasi dunia misteri itu.

Sesungguhnya,
Engkau tahu,
Diri ini telah bertemu,
Dengan seluruh makhluk,
Dalam litupan yang terhad,
Kerna itu,
Misteri terus berlalu.

Cuba kau dengar,
Bunyi-bunyian indah,
Bunyi serangga,
Air,
Bunyi orang pun ada.

Hutan penyambung hidup makhluk,
Oksigen menjadi bekalan,
Setiap saat,
Bagi kita,
Tidak pernah ada rasa menghargai.

Kadangkala kita kejam terhadap mereka,
Kita rakus,
Kita tamak,
Hendak pentingkan diri sendiri kononnya,
Sampai generasi kita merana.

Sedari ini,
Kita harus sedar,
Hutan milik kita semua,
Tidak siapa dapat halang kita,
Menikmati segala kemewahan yang ada,
Dalam rimba itu.

Ciptaan: Penulis blog...

Sabtu, 20 Jun 2009

Santuari unggas

Salam.

Apa khabr semua?
Lama x update blog ni...sori...x smpt...
Pape hal slmat membaca...

Santuari unggas

Oleh Shamshul Azree Samshir | Foto Ihsan Penganjur Fraser's Hill International Bird Race 2009
sazree@bharian.com.my




Pertandingan cam burung Bukit Fraser himpun peminat seluruh dunia

AKTIVITI memerhati burung atau birdwatching merujuk kepada proses observasi gelagat dan kehidupan unggas. Ini dilakukan melalui mata kasar atau penggunaan peralatan khusus seperti teropong.

Mengikut catatan sejarah, kegiatan memerhati burung mula dikesan pada akhir era 1700-an melalui tinggalan rekod dan hasil kajian ahli naturalis seperti Gilbert White, Thomas Bewick, George Montagu dan John Clare.


Dikatakan pada zaman Victoria, kegiatan memerhati burung cukup popular di United Kingdom (UK). Ketika itu, pengumpul artifak terutama dari golongan hartawan menggunakan pengaruh dan kuasa bagi mendapatkan spesimen burung dari seluruh dunia. Hobi ini terus diminati hingga timbul gesaan supaya burung diberi perlindungan pada akhir abad 1800-an.

Di Malaysia, beberapa lokasi seperti Kuala Gula, Matang, Perak yang menjadi tempat migrasi burung dari Siberia serta beberapa kawasan peranginan lain menjadi tumpuan peminat burung saban tahun. Keseronokan memerhati gelagat burung dan maklumat yang diperoleh mengenai kepelbagaian spesis dan tabiat unggas ini mendorong pelbagai persatuan pencinta hidupan liar menganjurkan aktiviti memerhati burung.

Memasuki siri ke-22, Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser Antarabangsa 2009 kembali lagi. Program bersama Kumpulan Burung Selangor dari Malaysia Nature Society (MNS) serta Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) ini dijadual berlangsung dua hari mulai 20 Jun ini. Jika anda peminat burung, pertandingan ini tentunya dinanti-nantikan kerana saban tahun ia bagaikan sudah menjadi ritual atau kegiatan riadah seisi keluarga.

SEBAHAGIAN peserta dari luar negara yang turut mengambil bahagian pada pertandingan mengenal burung.

Mengapa tidak, Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser Antarabangsa 2009 sudah tersenarai dalam peta pemerhati burung seluruh dunia. Sejak diperkenalkan pada 1988 dengan penyertaan hanya lima kumpulan, acara ini makin berkembang dan kini menjadi program perjumpaan tahunan penting bagi peminat burung dan pencinta alam.

Atas kesungguhan penganjur, Bukit Fraser kini menjadi lokasi pemerhati burung utama di Malaysia dengan keunikan kira-kira 250 spesis burung yang boleh ditemui di bukit peranginan ini. Mengikut rekod, menjelang November dan Disember setiap tahun, kawasan hutan tropika di Bukit Fraser sentiasa menerima kemasukan spesis baru iaitu burung migrasi yang terbang jauh dari Siberia, Russia dan kawasan kepulauan Jepun.

Kumpulan burung ini sanggup terbang beribu-ribu kilometer bagi mencari tempat baru untuk membiak selain lari dari kesejukan musim dingin. Hakikat bahawa beberapa spesis burung dari Siberia boleh ditemui di Bukit Fraser menjadikan Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser Antarabangsa 2009 unik. Ini kerana peluang sebegini jarang dapat dirasai peminat burung. Spesis burung dari Siberia ini akan menjadikan Bukit Fraser sebagai habitat baru bagi tempoh dua bulan sebelum berhijrah ke Australia dan New Zealand.

Kumpulan burung ini akan terbang semula ke habitat asal pada Mac dan April apabila cuaca menjadi lebih panas.


Paling menarik, beberapa spesis burung yang diancam kepupusan dan jarang dapat dilihat boleh ditemui di Bukit Fraser. Antara spesis burung terbabit ialah ialah wreathed hornbills (aceros undulatus) dan rhinoceros hornbills.

Anda tidak perlu menjadi seorang pakar bagi memerhatikan burung. Cukup berbekalkan teropong, buku panduan bergambar pelbagai spesis unggas dan lampu suluh sudah memadai untuk anda mendekati burung di Bukit Fraser. Jika anda memiliki semua kelengkapan diperlukan, anda boleh terpesona dengan spesis burung eksotik dan leka dengan gelagat serta rutin hidupnya berterbangan dari pokok ke pokok.

Bagi mereka yang kurang arif mekanisme Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser Antarabangsa 2009, acara ini bukanlah bermaksud burung bersaing atau menguji kekuatan sesama sendiri. Sebaliknya, melalui pertandingan ini, peserta beradu kecekapan dalam mengenal dan mengesah spesis burung ditemui. Ini bermakna, individu yang mengesan spesis burung terbanyak (bukannya jumlah burung yang dilihat) boleh bergelar juara.

Bagaimanapun, peserta diwajibkan mematuhi beberapa larangan penggunaan perkakasan audio dan komunikasi antara pasukan lawan mengenai lokasi burung boleh ditemui. Ini semua dilakukan bagi menjaga serta memberi perlindungan kepada ratusan spesies burung yang mendiami hutan tropika ini. Bukit Fraser merangkumi kawasan hutan semula jadi seluas 2,804 hektar yang kaya dengan flora dan fauna yang memukau mata memandang.

Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser Antarabangsa 2009 terbahagi kepada tiga kategori iaitu lanjutan bagi kumpulan pemerhati burung berpengalaman, novis dan pelajar yang baru berjinak-jinak dengan hobi memerhati burung.

Anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser Antarabangsa 2009 boleh menghubungi PKBF di talian 09-5171623/24 atau melayari laman web di www.pahangtourism.org.my atau www.pkbf.org.my.

Info
Acara: Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser Antarabangsa 2009


Tempat : Bukit Fraser, Pahang
Tarikh : 20 Jun dan 21 Jun 2009

Bukit Fraser

  • Perjalanan menggunakan laluan Lebuhraya Plus dari Kuala Lumpur sejauh kira-kira 125 kilometer akan keluar di Plaza Tol Bukit Beruntung, sebelum memasuki jalan ke Kuala Kubu Bharu.

  • Pusat peranginan Bukit Fraser diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Bukir Fraser (PKBF).

  • Ada lapan laluan merentas hutan di Bukit Fraser iaitu The Bishop Trail sejauh 1,500 meter, The Rompin Traik (500m), The Kindersley Traik (750m), The Maxwell Trail (1,800m), The Hemmant Traik (1,000m), The Abu Suradi Trail (500m), The Mager Trail (1,000m) dan The Pine Trail (5,000m).

  • Mereka yang memasuki hutan dinasihat memaklumkan terlebih dulu kepada balai polis dan hotel penginapan dan membawa telefon bimbit.

  • Maklumat lanjut berhubung Bukit Fraser boleh didapati di PKBF menerusi telefon 09-5171623/24 atau Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) 09-5161007.

  • Di ambil dr Berita Harian Online...

    Khamis, 7 Mei 2009

    Cuti2 Malaysia...








    Balak ratusan tahun jadi kanopi


    >>Teks, Mohd Rifaat Abd Hamid

    rencana@hmetro.com.my

    KEDAH terkenal dengan keindahan Pulau Langkawi. Namun, ramai yang tidak mengetahui, ia memiliki lebih banyak tarikan semula jadi selain pulau peranginan itu.


    Hutan Lipur Puncak Janing di Bukit Perangin dekat Kuala Nerang umpamanya boleh menjadi pilihan percutian jika anda mahukan suasana damai dan jauh dari kesibukan kota.


    Tidak seperti destinasi percutian lain, air terjunnya tidak terlalu tinggi, tetapi dikelilingi kehijauan alam semula jadi yang masih terpelihara.

    Keindahannya terletak pada air terjun empat tingkat yang mengalir di celah bongkah batu memberikan pemandangan menarik kepada sesiapa saja yang mengunjunginya.

    Justeru, tidak hairanlah ramai yang berkunjung ke sini untuk merehatkan fikiran sambil beriadah bersama ahli keluarga.

    Pengunjung tidak perlu risau kerana aliran sungainya perlahan dan paras air yang cetek memudahkan anak kecil mandi manda.

    Selain menikmati air sungai yang mengalir terus dari banjaran pergunungan, pengunjung juga dapat melihat pelbagai spesies tumbuhan yang dikomersialkan sebagai produk kesihatan.

    Tidak perlu pergi jauh, kawasan sekitar tempat perkelahan ini juga sesuai untuk mereka yang mahu melihat pokok hutan sebesar sepemeluk orang dewasa.

    Ada yang mengatakan, terdapat pokok di situ berusia ratusan tahun antaranya kasai, tulang daing, meranti tembaga, cengal, keruing, palma dan rotan.

    Pokok balak ini secara tidak langsung menjadi kanopi semula jadi di kawasan tebing memudahkan pengunjung bersantai dalam suasana redup.

    Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak seperti merentas hutan, Jabatan Perhutanan turut membina denai tiga kilometer (km) menghubungkan kawasan rekreasi ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.

    Latar semula jadi hutan rekreasi ini juga menjadi faktor ia dipilih sebagai lokasi penganjuran aktiviti sukan lasak antarabangsa termasuk Rainforest Challenge (RFC), beberapa tahun lalu.

    Peminat motosikal lasak juga boleh meneroka keindahan hutan ini menerusi litar lumba yang disediakan.

    Info

    > Bagi menarik lagi pengunjung ke sana, Jabatan Perhutanan turut menyediakan kemudahan asas seperti dewan, kedai makanan, surau, tandas, pondok dan padang untuk aktiviti berkumpulan, selain untuk tempat letak kereta.

    > Kawasan rekreasi ini terletak 14km dari pekan Kuala Nerang iaitu 14 km dan 50 km dari Alor Star. Selain itu, mereka yang datang secara berkumpulan juga boleh menggunakan bas berikutan jalan yang diturap dengan baik.


    Khazanah tak ternilai

    Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
    srul@hmetro.com.my


    AKARNYA yang tercacak di permukaan pasir menghalang hakisan ombak. Di celahnya, udang, ketam, kerang dan anak ikan menjadi sumber makanan kepada pemangsa.

    AKARNYA yang tercacak di permukaan pasir menghalang hakisan ombak. Di celahnya, udang, ketam, kerang dan anak ikan menjadi sumber makanan kepada pemangsa.

    Batangnya dibakar dijadikan arang kayu sebagai sumber tenaga dan tujuan kosmetik.


    Begitu banyak kegunaan kayu bakau, namun masih ramai yang tidak menyedari kepentingan menjaga hutan jenis ini bagi memastikan keseimbangan alam sekitar.

    Penolong Pengarah Hutan Daerah Larut dan Matang, Mohd Suhaimi Md Noor, berkata Perak mempunyai kawasan hutan simpan kekal seluas kira-kira satu juta hektar.

    Katanya, daripada jumlah itu, lebih 40,000 hektar adalah Hutan Paya Laut Matang menjadikannya hutan paya laut terbesar di Semenanjung.

    "Hutan ini meliputi Kuala Gula di utara dan berakhir di Bagan Panchor di selatan, sepanjang 51.5 kilometer (km) serta meliputi 19 hutan simpan.

    "Ia dikenali sebagai Hutan Paya Laut Matang kerana kebanyakannya terletak di daerah pentadbiran Matang," katanya.

    Diwartakan sebagai hutan simpan kekal pada 1906 dan sejak 1908, ia diuruskan Jabatan Perhutanan Perak dan diiktiraf sebagai pengurusan hutan bakau terbaik dunia.

    Pengunjung akan dibawa menyusuri keindahan flora dan fauna menerusi pelantar kayu sepanjang 1.2 km selama setengah jam.

    Selain melihat dua spesies bakau utama iaitu Bakau Minyak dan Bakau Kurap, peserta dapat melihat ketam kecil dan kera yang menjadi penghuni setia hutan paya ini.

    Mohd Suhaimi berkata, pengunjung dijamin tidak akan bosan dengan pelbagai aktiviti berorientasi alam sekitar.

    "Antaranya, lawatan ke tapak arkeologi menempatkan tapak perkuburan purba. Hasil kajian mendapati ada 16 rangka manusia dianggarkan berusia 1,800 tahun.

    "Mereka juga boleh menyusuri sungai untuk melihat ikan lumba-lumba dan memerang yang tersesat ke kawasan kuala ini," katanya.

    Menurutnya, tarikan lain adalah melihat sendiri proses penghasilan arang kayu daripada pokok bakau di kilang berhampiran.

    Ada 60 dapur arang yang dibina sejak 1930-an sedia untuk dilawati. Pemerosesan arang kayu dilakukan secara berterusan di situ.

    Pelancong juga dapat melihat nelayan menjalankan perusahaan ternakan ikan dalam sangkar, mengambil kerang dan menangkap ketam.

    Sumber: Harian Metro,6/5/09



    Rabu, 6 Mei 2009

    AnuegeraH...

    Salam Sjhtra...

    Anugrah...
    Salah satu maksud ny adalah "PeNgHarGaan"
    Jd try la bc news ni...yek

    Anugerah Saintis Muda Merck 2009


    MERCK Sdn. Bhd. menjemput para penyelidik muda menyertai pertandingan Anugerah Saintis Muda Merck 2009.


    MERCK Sdn. Bhd., anak kumpulan syarikat multinasional Merck KGaA yang beribu pejabat di Jerman, menjemput para penyelidik muda untuk menyertai pertandingan Anugerah Saintis Muda Merck 2009 (MYSA) bermula April lalu.

    Program MYSA yang bermula sejak tahun lalu adalah satu inisiatif untuk menggalakkan dan mengiktiraf hasil penyelidikan tempatan dalam bidang biosains.

    Tahun ini, Merck meluaskan lagi skop pertandingan termasuk membuat kajian saintifik menggunakan aplikasi teknologi kromatografi. Ini bermakna terdapat dua pertandingan bagi penyelidikan biosains dan aplikasi kromatografi dalam pertandingan MYSA kali ini.

    MYSA terbuka kepada para penyelidik tempatan dengan kertas kajian di mana hasil penyelidikannya dalam bidang seperti yang dinyatakan telah atau akan diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.

    Hanya kajian dalam bidang biosains dan aplikasi kromatografi akan diterima. Penyelidikan juga haruslah dibuat dan disiapkan di mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

    "Keaslian, kualiti dan implikasi kajian kepada masa depan pembangunan biosains atau aplikasi kromatografi di Malaysia adalah elemen penting dalam proses penilaian pemenang," menurut satu kenyataan Merck.

    Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun ini.

    Program MYSA itu diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Institut Kimia Malaysia. Ia juga mendapat sokongan daripada Malaysia Biotechnology Information Centre.

    Hadiah wang tunai berjumlah RM19,000 menanti para pemenang. Maklumat lanjut mengenai MYSA 2009, poster, risalah dan borang penyertaan boleh didapati di universiti-universiti dan kolej-kolej yang terpilih dan juga di laman web http://www.merck.com.my/, http://www.mohe.gov.my/, http://www.mosti.gov.my/ atau http://ikm.org.my.

    Para pemenang akan diumumkan dalam satu majlis pada bulan Oktober ini.

    Sumber: Kosmo,6 Mei 09

    Ahad, 3 Mei 2009

    Plastik pulak...


    Salam...sjhtra...

    Haa...
    Hari nie...
    Kita Bsembang pula ttg plastik...
    Pape hal bc la dulu...
    Brita ni ekk...

    Beg plastik dilarang di Australia Selatan

    MELBOURNE: Larangan penggunaan beg plastik akan berkuat kuasa di semua kedai di Australia Selatan mulai esok.


    Semua pekedai daripada pasar raya besar hingga ke kedai kecil yang menjual makanan bawa balik, tertakluk kepada larangan itu.

    Mereka sebaliknya akan menawarkan kepada pengguna beg kompos selain beg yang boleh digunakan semula dengan mengenakan sedikit bayaran.


    "Dengan melarang penggunaan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli, kami akan mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan, kami akan mengurangkan jumlah sampah di jalan, di taman dan aliran air," kata Menteri Alam Sekitar dan Pemuliharaan Negeri, Jay Weatherill, dalam satu kenyataannya di sini.


    "Penghasilan empat bilion beg seperti ini di seluruh negara setiap tahun adalah pembaziran yang sangat besar kepada tenaga serta sumber dan larangan ini akan mengurangkan sumbangan Australia Selatan terhadap pembaziran itu," katanya.

    Larangan itu dijangka mengurangkan jumlah kira-kira 400 juta beg plastik daripada sampah di Australia Selatan setiap tahun, kata Australian Associated Press.

    Apabila kedai dibuka Isnin ini, pembeli perlu sama ada membawa beg yang boleh digunakan semula dikenali sebagai 'green bags', atau membayar sehingga 25 sen di kedai utama untuk beg yang boleh reput sendiri.

    Beg plastik bergulung yang lazimnya digunakan untuk mengisi buah-buahan, sayur-sayuran dan daging akan terus disediakan berserta beg lebih kukuh di gedung membeli-belah atau kedai pakaian.

    Antara kedai utama di sini, Coles and Woolworths, menyatakan mereka sudah pun mengambil langkah untuk menyediakan pembeli berdepan dengan penguatkuasaan larangan itu, sejak beberapa bulan lalu.

    Kumpulan pencinta alam sekitar Planet Ark pula menggesa kerajaan negeri lain di Australia mencontohi langkah Australia Selatan. - Bernama

    Sumber:Berita Harian,3/5/09

    Fakta plastik...

    • Plastik pertama kali ditemui 25 tahun lalu.
    • Setiap tahun penduduk dunia menggunakan 500 juta beg plastik dan ini bererti ada 1 juta beg plastik pada setiap minit.
    • Pada umumnya 11% daripada peralatan rumah tangga dibuat dari plastik.
    • Plastik di hasilkan daripada minyak, yang merupakan sumber yang tidak dapat diperbaharui.
    • Minyak dianggarkan akan habis dalm waktu 50 tahun ke depan dengan kadar penggunaan sekarang ini.
    • Untuk sekali pakai (beg plastik yang disediakan di supermarket) memerlukan waktu sampai 1000 tahun untuk mereput.
    • Di Afrika, industri-industri penenunan telah dibentuk untuk "mengitar semula" beg2 plastik yang ditiup oleh angin, supaya bisa diolah kembali menjadi topi dan beg. Salah satu industri yang lumayan terkenal di sana telah berhasil "mengitar semula" 30 ribu beg plastik setiap bulan.
    • Hingga kini, mengitar semula plastik tidak diwajibkan di negara manapun, walaupun plastik tersedia di semua pelusuk dunia.
    Di edit drp blog http://jakartahijau.blogspot.com

    p/s kalo ade beg plastik/sama jnis dgnnya,simpan la ek...jgn buang mrata...kt atas 2 cth beg2 plastik...


    Sabtu, 2 Mei 2009

    Jom Pergi Zoo...

    Salam sejahtera...
    Pada kali ini, penulis ingin mengajak kepada semua pembaca pergi melawat ke Zoo Kemaman..
    Pergilah bercuti...
    Banyak lagi destinasi pelancongan yang belum kita pergi...
    p/s: Peringatan utk penulis...sbb (penulis jg jrg bjln...)

    Flora fauna Mini Zoo Kemaman


    PENDUDUK di sekitar daerah Kemaman berpusu-pusu mengunjungi Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman pada majlis pembukaannya baru-baru ini.


    MEMASUKI minggu ketiga pembukaannya, Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Terengganu semakin menggamit kehadiran ramai pengunjung.

    Dengan keluasan kawasan 35 ekar, zoo itu adalah hasil gabungan taman buah-buahan, taman herba semula jadi, taman tumbuhan tropikal, taman orkid, taman bonsai dan habitat semula jadi kunang-kunang terbesar di Terengganu.


    BURUNG kakak tua antara tarikan di Mini Zoo Kemaman.


    Terletak kira-kira 14 kilometer dari Bandar Cukai, zoo itu menawarkan pelbagai tarikan dan pengalaman menyeronokkan pada hujung minggu.

    Antara tarikan utama destinasi tersebut termasuklah taman tema air, jambatan gantung, akuarium, melihat kunang-kunang di Sungai Yak Yah dan pelbagai jenis burung.


    MENGELILINGI kawasan zoo dengan trem.





    Tidak ketinggalan, pengalaman menunggang gajah dan menaiki trem mengelilingi kawasan zoo.

    Untuk kemudahan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan atau mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar, dua buah bas disediakan di destinasi terpilih untuk membawa mereka ke zoo.

    Destinasi persinggahan bas tersebut termasuklah Stesen Bas Cukai, KCP Jalan Lebai Saras dan Awana Kijal.

    Sumber: Kosmo,2/5/09

    Khamis, 30 April 2009

    Penyu, dalam kebimbangan...

    Salam sejahtera...

    Tumbuh-tumbuhan dan haiwan tidak dapat dipisahkan...
    Kedua-duanya harus terus dipelihara dan dipulihara...
    Sayangi tumbuh-tumbuhan dan haiwan...

    Tandatangan untuk penyu


    MAMPUKAH spesies penyu belimbing ini diselamatkan?


    ADAKAH anda antara mereka yang gemarkan makanan eksotik? Baik daging haiwan terancam mahupun telur penyu yang kononnya jauh lebih enak daripada telur ayam?

    Jika ya, mungkin selepas ini anda harus berasa malu dengan diri sendiri. Sebabnya anda mungkin tidak sedar, bahawa anda telah meragut sebuah peluang kehidupan daripada telur penyu ini.

    Menyedari ancaman langsung ke atas survival hidupan marin ini, sebuah Kempen Egg=Life (Telur = Kehidupan) dilancarkan oleh badan bukan kerajaan, WWF-Malaysia di ibu negara baru-baru ini.

    Kempen yang bermula sejak sambutan Hari Bumi, 22 April lalu akan berlangsung sehingga 30 September ini. Program tersebut meletakkan sasaran untuk mengutip sejumlah 40,000 tandatangan daripada orang ramai bagi membantu survival penyu. Antara gesaan kempen ini termasuklah mengharamkan pengambilan dan makan telur penyu serta penjualan mana-mana bahagian hidupan marin ini.

    Pengarah Eksekutif WWF-Malaysia, Datuk Dr. Dionysius Sharma berkata, kempen ini juga diharapkan menjadi titik tolak sokongan padu orang ramai terhadap usaha menyelamatkan khazanah marin tersebut.

    "Penyu memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem ekologi marin yang sihat. Ia juga sistem ekologi yang sama dalam memulihara industri perikanan dan pelancongan kita.


    SETIAP hidupan termasuk anak penyu mempunyai hak untuk hidup.


    "Malangnya, survival penyu diancam kepupusan akibat pelbagai faktor. Jadi, kempen ini diharapkan dapat menjana sokongan terhadap penggubalan undang-undang yang mengharamkan penjualan dan pengambilan semua telur penyu di Malaysia," katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut.

    Selain itu, kempen tersebut juga berhasrat menggesa penggubalan undang-undang Persekutuan yang lebih holistik dan komprehensif bagi memulihara hidupan marin ini.

    Menurut Dionysius, penyu belimbing telah diiktiraf pupus di Malaysia. Jika sekitar 1950-an, sebanyak 10,000 sarang penyu ini direkodkan di pantai Rantau Abang setiap tahun, berita buruknya, kini hanya kurang daripada 10 yang dicatatkan.

    Setiap hari, penyu-penyu ini terdedah kepada pelbagai risiko kepupusan. Penjualan telur penyu yang tidak terkawal, terperangkap secara tidak sengaja pada peralatan menangkap ikan dan pencemaran perairan dan kawasan pembiakan adalah antara yang membinasakan hidupan marin ini.

    Di Semenanjung Malaysia, kerjasama antara WWF-Malaysia dengan beberapa agensi termasuk Jabatan Perikanan Malaysia telah membuahkan usaha pemuliharaan penyu. Antara lokasi penetasan penyu seperti di Kem Terendak, Pulau Upeh dan pantai Padang Kemunting di Melaka selain Ma'Daerah dan Setiu di Terengganu.


    BERSAMA-SAMALAH kita menyelamatkan hidupan penyu dengan tidak memakan telurnya lagi.


    Sebilangan besar kawasan pantai di Melaka menjadi lokasi populasi penyu hawksbill atau penyu sisik yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada keseluruhan kawasan penetasan ditemui 120 meter dari pantai Pulau Upeh. Destinasi kegemaran penyu ini seharusnya dilindungi daripada pembangunan dan pencemaran.

    "Lagipun, undang-undang melindungi penyu belum mencukupi. Perundangan persekutuan sedia ada juga sangat terhad," tambahnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WWF-Malaysia.

    Hanya menerusi penggubalan undang-undang yang holistik dan komprehensif serta penguatkuasaan, kehidupan penyu boleh dilindungi.

    Jelas Dionysius lagi, setiap tandatangan yang diterima dalam kempen ini menyumbang kepada pembentukan perundangan melindungi penyu di Malaysia.

    WWF-Malaysia mengalu-alukan sokongan orang ramai sama ada individu atau organisasi dan institusi pengajian tinggi yang berminat menghulurkan bantuan.

    nnn Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web WWF-Malaysia di alamat www.wwf.org.my atau hubungi talian 03-7803 3772.

    Sumber: Kosmo,30/4/09

    Rabu, 29 April 2009

    Agro-forestry


    Rice Keeps Agro-forestry Exports At A Healthy Level

    HANOI, April 29 (Bernama) -- Agro-forestry and seafood exports reached nearly US$5.2 billion in the first four months of the year, a rise of 5.7 percent against the same period last year, with most of the revenue coming from rice, Vietnam news agency (VNA) reported.

    According to the Ministry Agriculture and Rural Development (MARD), during this period, Vietnam exported 2.53 million tonnes of rice worth a total US$1.16 billion, an increase of 51 percent in volume and 42.5 percent in value.

    The average export price experienced a slight increase to stand at US$456 per tonne.

    The Philippines still remains the largest importer of Vietnamese rice, taking 45.4 percent of the country's total exports.

    However, other major agro products, such as coffee, tea, cashew nuts and pepper dipped in both export volume and value.

    Seafood, one of Vietnam's hard currency earners suffered its first drop in 10 years due to the adverse effects of both the economic recession and bad press in the major markets of Italy, Russia and Egypt.

    The sector earned US$300 million in exports in April, bringing the total value of the four-month period to US$1.05 billion, a fall of 8 percent over the same period last year.

    As a result, MARD has set the target of US$12.5 billion for agro-forestry and seafood exports for the whole year, a decrease of US$3.7 billion when compared to last year.

    Source:BERNAMA,29 April, 2009

    Isnin, 27 April 2009

    Air oh air...

    Salam Sejahtera,berikut merupakan realiti keadaan tadahan air di Malaysia.Moga menjadi iktibar...Selamatkan alam...

    Ancaman utama air mentah

    Hutan konkrit, sungai yang kotor, pembuangan sampah sarap ke dalam sungai, pembalakan tidak terkawal dan kegiatan pelancongan semuanya menyumbang kepada kehilangan sumber air.




    BERBILION ringgit dijangka dibelanjakan untuk membersihkan Sungai Klang yang panjangnya 120 kilometer. Jumlah itu dilaporkan adalah sebahagian daripada RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membangunkan semula Klang, Petaling Jaya dan Kajang.

    Tanpa perlu dizahirkan, sungai yang sihat amat bergantung kepada persekitaran kawasan tadahan airnya. Namun, berapa ramai di antara kita yang menghargai kenyataan ini atau memilih untuk berlaku jahil atau mengabaikannya?

    "Hutan di tepian sungai menerima sejumlah besar air hujan, di samping diserap tumbuhan, selebihnya akan menyerap ke dalam bumi untuk memulihkan kelembapan tanah. Proses semula jadi ini memungkinkan air dalam bumi dilepaskan ke sungai di dalam hutan dalam bentuk semula jadi.

    "Sewaktu musim tengkujuh, hutan ini bertindak sebagai span dengan menyerap sejumlah besar air hujan dan mengurangkan jumlah air yang mengalir ke sungai. Ketika musim kering pula, hutan secara perlahan-lahan akan melepaskan air dari dalam tanah ke dalam sungai menerusi proses graviti," jelas Dr. Chan Ngai Weng, Profesor Bahagian Geografi, Universiti Sains Malaysia (USM).

    Hutan konkrit

    Menurut Dr. Ngai Weng, menerusi proses transpirasi (pengewapan air), sebatang pokok yang bersaiz sederhana kehilangan lebih 200 liter air sejam ketika cuaca panas.

    Sejumlah besar pengewapan air akan naik ke atmosfera untuk membentuk awan, yang akhirnya akan menghasilkan hujan, katanya.

    Dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, beliau berkata, pulau itu kehilangan sumber transpirasi kerana kebanyakan hutannya lenyap disebabkan memberi laluan kepada hutan konkrit.

    "Serupa juga dengan Kuala Lumpur. Sekiranya hutan konkrit menggantikan hutan tepian sungai, banjir kilat akan berlaku dengan lebih kerap kerana ketidakmampuan untuk menyerap air hujan.

    "Tanpa hutan, air akan lebih tercemar kerana tiada penurasan semula jadi," kata Ngai Weng yang juga Presiden Water Watch Penang (WWP).


    MAKETAB mengambil contoh air di kawasan tadahan air Sungai Terla, Cameron Highlands.


    WWP ialah pertubuhan bukan berbentuk keuntungan yang ditubuhkan pada November 1997 sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kelestarian Pulau Pinang di bawah Institut Penyelidikan Sosio-Ekonomi dan Alam Sekitar (SERI) Pulau Pinang.

    Ngai Weng juga memberitahu, sungai-sungai di Pulau Pinang secara umumnya masih kotor.

    "Berdasarkan hasil tinjauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan penilaian kami sendiri, kualiti sungai di Pulau Pinang tidak berubah seperti yang diharapkan. Malah, keadaannya semakin merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini kerana sikap buruk orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai," jelasnya.

    Bukit Larut

    Menjadikan sungai sebagai tong sampah, lama-kelamaan ia akan membunuh ekosistem sungai tetapi jika kebersihannya dijaga ia adalah situasi menang-menang, kata Piarapakaran Subramaniam, Pengurus, Bahagian Alam Sekitar, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

    "Sekiranya kita menjaga kebersihannya, ia menjadi sumber air dan menyediakan juga hidupan akuatik sebagai sumber makanan untuk kita.

    "Kita disarankan supaya tidak mengeksploitasinya secara berlebihan. Eksploitasi sumber sungai yang terlalu banyak boleh mencetuskan impak negatif, bersamaan juga dengan melakukan pencemaran," kata Piarapakaran.

    Piarapakaran yang juga Pengarah Eksekutif Forum Air Malaysia (MWF) memberitahu, tidak ada banyak lagi kawasan tadahan air yang bersih di Malaysia.

    Bukit Larut, Perak sebagai antara jumlah kecil yang masih ada, beliau berkata, pembuangan sampah merata-rata akibat kegiatan pelancongan yang semakin meningkat memberi impak ke atas kawasan tadahan air itu kepada tahap yang membimbangkan.

    "Membuang sampah merata-rata secara langsung akan mencemarkan punca air yang bersih. Kita dapat lihat sebahagian besar mereka yang bersantai di Bukit Larut juga minum air daripada punca air yang ada di kawasan itu.

    "Kami tidak menggalakkan perkara ini memandangkan pembuangan sampah berlaku di merata-rata tempat dan banyak lagi punca pencemaran yang sedang berlaku di kawasan berkenaan," katanya.

    Menurut beliau, terdapat tujuh sungai yang menyumbang kepada punca air minuman di sekitar banjaran bukit-bukau kawasan Bukit Larut.

    "Kawasan tadahan air utama meliputi kawasan seluas 21.53 km persegi dan sudah tentunya kawasan tadahan sekunder lebih besar.

    "Akibat kegiatan manusia yang semakin meningkat dan cadangan projek kereta kabel di Bukit Larut, bukit itu menghadapi risiko untuk kehilangan segala-galanya. Malah, sekarang pun sudah ada tangki septik individu dibina di kawasan peranginan bukit dan air sisa mengalir terus ke air terjun," kata Piarapakaran.


    KAWASAN-KAWASAN tadahan berfungsi seperti span yang menyerap air hujan ketika musim tengkujuh.


    Menurut Profesor Madya Dr. Maketab Mohamed dari Institut Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sebalik semua pengetahuan teknikal yang ada, pengurusan kawasan tadahan air di negara ini secara relatifnya masih lemah berbanding negara maju.

    Katanya, dalam Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974, Akta 127, pembuangan sebarang efluen di hulu punca air adalah lebih ketat berbanding di hilir, tetapi pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih membenarkan kawasan industri dan perumahan dibina di hulu punca air.

    "Impak kumulatif tidak diambil kira. Membina satu unit mungkin tidak mengapa tetapi bagaimana pula jika bilangan kawasan perumahan yang banyak ditambah dengan kawasan industri, semuanya di hulu? Satu contoh klasik ialah Sungai Skudai yang kini diletakkan di bawah Public Utilities Board (PUB) Singapura tetapi akan diserahkan balik kepada negeri Johor.

    "Kawasan tadahan di situ mempunyai banyak perbandaran di hulu sungai (Senai, Saleng, Kulai, Kulaijaya) dan banyak industri. Sewaktu musim hujan, air sungainya keruh, sementara pada musim kering, takat pengambilan air banyak kali terpaksa ditutup kerana kandungan ammoniacal nitrogen yang tinggi (penunjuk pencemaran kumbahan/organik)," kata beliau.

    Maketab menjelaskan, di sesetengah negeri di Amerika Syarikat (AS) termasuk New York dan juga di negara-negara Scandinavia, pembangunan dihadkan di kawasan tadahan air yang kritikal.

    "Malahan ladang tidak dibenarkan beroperasi di hulu kawasan tadahan air yang penting. Di Jepun juga, dengan kawasan tanah yang terhad, pembangunan di kawasan tadahan air yang penting dikawal dengan peraturan yang ketat ke atas pelepasan efluen.

    "Sebagai contoh, Tasik Biwa yang membekalkan air ke Kyoto dan Osaka dan kebanyakan Dataran Kansai, mempunyai keperluan pelepasan efluen yang ketat," katanya.

    Cameron Highlands

    Pada awal 2008, Maketab menjalankan kajian kebersihan (sanitari) ke atas bekalan air di Cameron Highlands termasuk Sungai Terla, satu daripada tiga kawasan tadahan air penting di tanah tinggi itu.

    Dua lagi kawasan tadahan utama di Cameron Highlands ialah Ulu Sungai Bertam dan Sungai Burung.


    SEORANG penduduk melihat air bukit bercampur tanah merah dan diesel yang mengalir masuk ke kawasan tadahan yang kemudian digunakan oleh penduduk tempatan di Jeli, Kelantan. - Gambar hiasan


    Menurut beliau, loji rawatan air Sungai Terla menyediakan sekitar 80 peratus keperluan air yang boleh digunakan untuk Cameron Highlands, dengan demikian menjadikan lebih kritikal untuk melindungi kawasan tadahan air berkenaan.

    Kata Maketab, di samping kewujudan ladang di hulu loji rawatan air Sungai Terla, terdapat juga ladang baru dibenarkan dibuka, menyebabkan penggondolan hutan di hulu takat pengambilan air.

    Beliau berkata, ladang-ladang itu kini menjadi ancaman utama kepada mutu air mentah dalam bentuk jumlah pepejal terampai (TSS) di samping najis dan bakteria coliform yang berpunca daripada kegiatan manusia serta penggunaan baja organik daripada sumber haiwan seperti tahi ayam.

    Maketab yang begitu khuatir dengan hasil penemuannya berkata, bahagian hulu kawasan tadahan Sungai Terla lebih mudah dilalui dengan pembukaan jalan menghubungkan Simpang Pulai ke Cameron Highlands dan Gua Musang.

    "Selaras dengan amalan yang biasa dibuat dalam pengurusan kawasan tadahan air untuk tujuan bekalan air minuman, sebarang ladang atau kediaman manusia tidak sepatutnya dibenarkan dalam lingkungan kawasan tadahan Sungai Terla.

    "Tidak ada lagi kompromi untuk keselamatan air mentah Sungai Terla. Ladang-ladang lama dan baru perlu ditutup dengan segera demi faedah penduduk Cameron Highlands dan pelancong yang melawat tanah tinggi itu," tegasnya sambil menjelaskan bahawa salinan kajiannya sudah dihantar kepada pihak berkuasa yang berkaitan. -Bernama

    Sumber: Kosmo,27/4/09

    Sabtu, 25 April 2009

    Comments???

    Salam and hello to all readers...
    If you all have an ideas, you can send me an email.
    TQ

    Jumaat, 27 Mac 2009



    LEICESTERSHIRE - Seorang pelajar sekolah, Shawn Brown 14, terkejut selepas dia mendapat seekor ikan air tawar yang kebiasaannya ditemui di Amerika Selatan pada pukatnya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Brown memperoleh ikan itu di sebuah terusan di sini yang dipercayai mati kerana bergelut dengan cuaca sejuk.

    Ikan itu dikenal pasti dengan nama saintifik, Hypostomus plecostomus dan kebiasaannya tinggal di Panama, Costa Rica dan Amerika Selatan.

    Beberapa pakar berkata, ikan sepanjang 304.8 sentimeter itu ditemui buat pertama kali di Britain.

    Setakat ini persoalan bagaimana ikan itu boleh berada di terusan Leicestershire masih menjadi misteri.

    Ikan itu dipercayai mungkin haiwan peliharaan sebelum dilepaskan oleh pemiliknya.

    Seorang saintis perikanan, Ian Wellby berkata, ikan itu hidup dalam air tawar dan tidak mampu bertahan dengan cuaca sejuk di Britain. - Agensi

    Sumber: Kosmo,27 Mac 2009

    Khamis, 19 Februari 2009

    Jom Undi!

    Am
    18 Februari, 2009 20:06 PM

    Undi Sipadan Sebagai Alam Semula Jadi Ajaib Dunia

    KOTA KINABALU, 18 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta semua rakyat Malaysia memberikan undi mereka dalam satu kempen online www.new7wonders.com/nature bagi menyenaraikan Pulau Sipadan sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru.

    "Sipadan adalah permata dasar laut yang amat popular dalam kalangan penyelam di seluruh dunia. Kita seharusnya berbangga dengannya, dan sehubungan itu saya meminta semua orang termasuk pelancong memberikan undi bagi tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

    Katanya rakyat Malaysia di Sabah perlu memberikan sokongan mereka terhadap kempen online ini dan mewujudkan kesedaran untuk mengundi destinasi pelancongan itu kerana pencalonan Sipadan sudah merupakan satu penghormatan.

    Sipadan adalah satu daripada 261 calon bagi tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru bersama tarikan alam semula jadi lain seperti Ko Phi Phi di Thailand, Grand Canyon dan Air Terjun Niagara di Amerika Syarikat dan barisan terumbu karang besar, Great Barrier Reef di Australia.

    "Saya dimaklumkan bahawa Sipadan dicalonkan oleh penyelam-penyelam yang pernah berkunjung ke sana. Saya pasti sejumlah penyelam asing memberikan pencalonan itu. Jika pelancong asing boleh memberi sokongan mereka, kita rakyat Malaysia seharusnya memberi sokongan penuh," katanya.

    Musa turut mengarahkan pihak berkuasa memastikan ekosistem marin di sekitar Sipadan terus dilindungi.

    sumber:BERNAMA

    Selasa, 10 Februari 2009

    Ekonomi

    Berapakah jumlah populasi Malaysia? Berapakah GDP dan GNP Malaysia? Apakah barangan yang paling banyak mengeksport dan Negara mana dieksport?
    Population: 25,274,133 (July 2008 est.)
    Age structure: 0-14 years: 31.8% (male 4,135,013/female 3,898,761)
    15-64 years: 63.3% (male 8,026,755/female 7,965,332)
    65 years and over: 4.9% (male 548,970/female 699,302) (2008 est.)
    Population growth rate: 1.742% (2008 est.)
    Ethnic groups: Malay 50.4%, Chinese 23.7%, indigenous 11%, Indian 7.1%, others 7.8% (2004 est.)
    Religions: Muslim 60.4%, Buddhist 19.2%, Christian 9.1%, Hindu 6.3%, Confucianism, Taoism, other traditional Chinese religions 2.6%, other or unknown 1.5%, none 0.8% (2000 census)
    Languages: Bahasa Malaysia (official), English, Chinese (Cantonese, Mandarin, Hokkien, Hakka, Hainan, Foochow), Tamil, Telugu, Malayalam, Panjabi, Thai
    note: in East Malaysia there are several indigenous languages; most widely spoken are Iban and Kadazan
    Economy - overview: Malaysia, a middle-income country, has transformed itself since the 1970s from a producer of raw materials into an emerging multi-sector economy. Since coming to office in 2003, Prime Minister ABDULLAH has tried to move the economy farther up the value-added production chain by attracting investments in high technology industries, medical technology, and pharmaceuticals. The Government of Malaysia is continuing efforts to boost domestic demand to wean the economy off of its dependence on exports. Nevertheless, exports - particularly of electronics - remain a significant driver of the economy. As an oil and gas exporter, Malaysia has profited from higher world energy prices, although the rising cost of domestic gasoline and diesel fuel forced Kuala Lumpur to reduce government subsidies. Malaysia "unpegged" the ringgit from the US dollar in 2005 and the currency appreciated 6% per year against the dollar in 2006-07. Although this has helped to hold down the price of imports, inflationary pressures began to build in 2007. Healthy foreign exchange reserves and a small external debt greatly reduce the risk that Malaysia will experience a financial crisis over the near term similar to the one in 1997. The government presented its five-year national development agenda in April 2006 through the Ninth Malaysia Plan, a comprehensive blueprint for the allocation of the national budget from 2006-10. With national elections expected within the year, ABDULLAH has unveiled a series of ambitious development schemes for several regions that have had trouble attracting business investment. Real GDP growth has averaged about 6% per year under ABDULLAH, but regions outside of Kuala Lumpur and the manufacturing hub Penang have not fared as well.
    GDP (purchasing power parity): $357.4 billion (2007 est.)
    GDP (official exchange rate): $186.5 billion (2007 est.)
    GDP - real growth rate: 6.3% (2007 est.)
    GDP - per capita (PPP): $13,300 (2007 est.)
    GDP - composition by sector: agriculture: 9.9%
    industry: 45.3%
    services: 44.8% (2007 est.)
    Labor force: 10.94 million (2007 est.)
    Labor force - by occupation: agriculture: 13%
    industry: 36%
    services: 51% (2005 est.)
    Unemployment rate: 3.2% (2007 est.)
    Inflation rate (consumer prices): 2.1%
    note: approximately 30% of goods are price-controlled (2007 est.)
    Investment (gross fixed): 21.8% of GDP (2007 est.)
    Budget: revenues: $40.69 billion
    expenditures: $46.7 billion (2007 est.)
    Public debt: 41.6% of GDP (2007 est.)

    GDP: $308.8 billion.
    Annual real GDP growth rate: 5.5%.
    Per capita (GDP) income: $12,700.
    Budget: Income.............. $31.63 billion
    Expenditure ... $37 billion

    Main Crops: Peninsular Malaysia—rubber, palm oil, rice; Sabah—subsistence crops, rubber, timber, coconuts, rice; Sarawak—rubber, pepper; timber.

    Natural Resources: Tin, petroleum, timber, copper, iron ore, natural gas, bauxite.

    Major Industries: Rubber and oil palm processing and manufacturing, light manufacturing industry, electronics, tin mining and smelting,
    logging and processing timber; Sabah—logging, petroleum production; Sarawak—agriculture processing, petroleum production and refining, logging.
    NATIONAL GNP
    The Malaysian economy maintained its momentum growing 5.2% in 2003, after expanding 4.1% in 2002. In 2001, real GDP grew an anemic 0.3% due to global uncertainties. The better than expected expansion in 2003 was fueled primarily by the manufacturing sector, particularly the electronics and chemical industries. The recovery of the global electronics sector boosted Malaysian exports to the U.S., Malaysians’ principal trade and investment partner. The consensus among public and private sector analysts is that the economy will continue to grow by at least 6.0% to 6.5% in 2004, on strong domestic demand and global growth in major countries and regional economies but with reservations on continued high oil prices. Although Malaysia is a net exporter of oil, the significant and rapid hike in oil prices has increased the government’s burden on oil subsidies to the domestic consumers. The government has maintained the Malaysian ringgit pegged at an exchange rate of RM3.8/U.S.$1.0 since September 1998.

    Malaysia remains an important trading partner for the United States. In 2003, bilateral trade between the United States and Malaysia totaled U.S. $36.4 billion. U.S. exports to Malaysia were $10.9 billion, and U.S. imports from Malaysia were $25.4 billion in that year. Malaysia was the United States' 10th-largest trading partner and its 16th-largest export market. During the first 6 months of 2004, U.S. exports to Malaysia totaled $5.5 billion while the United States imported $13 billion from Malaysia.

    Malaysia successfully developed from a commodity-based economy to one focused on manufacturing. Today the Government of Malaysia seeks to make the leap to a knowledge-based economy. At independence, Malaysia inherited an economy dominated by two commodities--rubber and tin. In the 40 years thereafter, Malaysia's economic record had been one of Asia's best. From the early 1980s through the mid-1990s, the economy experienced a period of broad diversification and sustained rapid growth averaging almost 8% annually. New foreign and domestic investment played a significant role in the transformation of Malaysia's economy. Manufacturing grew from 13.9% of GDP in 1970 to 30.9 % in 2003, while agriculture and mining, which together had accounted for 42.7% of GDP in 1970, dropped to 8.4% and 7.2 %, respectively, in 2003. Malaysia is one of the world's largest exporters of semiconductor devices, electrical goods, and appliances, and the government has ambitious plans to make Malaysia a leading producer and developer of high-tech products, including software. Malaysia is a major destination for outsourcing after China and India.

    The Malaysian Government encourages Foreign Direct Investment (FDI), and the United States continues to be one of the largest sources of new investment in Malaysia. In 2003, the Malaysian Government approved U.S. $574 million in new manufacturing investment by U.S. companies, with the bulk in the electronics and electrical sectors. The cumulative value of U.S. private investment in Malaysia exceeds $20 billion, 60% of which is in the oil and gas and petrochemical sectors with the rest in manufacturing, especially semiconductors and other electronic products, according to an American Chamber of Commerce 2003 survey.

    Ekonomi

    Case Study: Organizational culture and incentives at Lincoln Electric.
    What is the source of Lincoln’s long-standing competitive advantage in the United States market for arc welding equipment?


    Lincoln’s Electric long-standing competitive advantage in the United State market achieved by a high productivity rate per worker. This company success had been on extremely high level of employee productivity.

    Lincoln’s Electric apply incentive scheme based on piecework. The workers receive no based salary but depend on the number of pieces they produce. The piecework rates at the company enable an employee working at a normal pace to earn an income equivalent to the average rage for manufacturing worker in the area where the factory is based.

    A company faces a quality aspect when it comes to incentive scheme based on piecework. But at Lincoln Electric’s the worker must repair or paid back any piecework that have defect. It means the workers must be responsible for their outputs.

    The work culture in Lincoln Electric’s is one of the attributor. The company had a strong respect for the ability of the individual. Practicing open-door policy, the communication barriers between ‘workers’ and ‘managers’ were eliminated. All workers are treated equally despite of their position.

    Since 1934, production workers have been awarded a semiannual bonus based on merit ratings. These rating are based on;
    1. Objective criteria; example: employee’s level and quality of output.
    2. Subjective criteria; example: employee’s attitude toward cooperation and his or her dependability.

    This semiannual bonus motivates workers to perform better and work harder, resulting boost in productivity. Despite high employee compensation, the worker so productive than Lincoln has a lower cost than its competitors.

    Why did Lincoln enter foreign markets through acquisitions and Greenfield ventures, rather than through exporting?

    The Lincoln Electric’s did consider expanding into international market by exporting, but was told by foreign distributor that American equipment would not sell well in Europe. So instead the company decides to set up wholly owned subsidiaries and acquisitions to make the equipment locally.

    Through acquisition, it was a quick way to execute. The company can rapidly built its presence in this targeted foreign market. Lincoln acquired seven arc welding manufacturers in Europe and one in Mexico. This move is the quickest way to make the equipment locally and introduce their product to the local market. Acquisition may be less risky because acquisition provides a set of assets that are producing a known revenue and profit stream. It also acquire valuable information such as manager’s knowledge about the local market environment.

    Greenfield ventures gives the company a much greater ability to built the kind of subsidiary company that it wants. The backbone of Lincoln Electric’s success lies in its strong organization culture and a unique set of incentives. Thus, by applying Greenfield ventures can be much easier for Lincoln to build that organization. It is to change the culture of an acquired unit

    Why did Lincoln’s foreign ventures fail to deliver the gains forecast?

    The Lincoln may have overlooked the organizations cultural differences when the company decided to acquire the seven arc welding manufacturers in Europe and one in Mexico.

    When the company acquires these arc welding manufacturers, Lincoln left local managers in place, believing that they knew local conditions better. But there have been told to imply Lincoln’s strong organizational culture and introduce its incentive system in acquired companies. Local managers had little working knowledge about Lincoln’s organizational culture and were unable or unwilling to impose that culture on their unit, which had their own long-established organizational culture.

    The incentive system or work pieces were a problem to imply to it’s newly acquiring companies. The piecework was viewed as an exploitive compensation system that forces employees to work harder in other countries.

    The strong organizational culture and the incentive system were the main reason why Lincoln Electric’s stand up upon other competitors. If these two elements cannot be imply or used in their newly acquire companies, this must be the reason why Lincoln’s foreign ventures fail to deliver the gain forecasted.

    In retrospect, what might Lincoln have done differently to avoid the financial crisis it found itself in?

    Before investing to a foreign country, Lincoln must first in vestige the foreign countries law relating to worker and working conditions. Also the company must know the foreign culture; it might be organizational culture or life culture itself.

    Then decide what entry made is the most suitable for the company. When it comes to Lincoln Electrical, where strong organizational culture and incentive system were the backbone of it success, the most possible entry mode is through Greenfield.

    Greenfield ventures give a much greater ability to build the kind of subsidiary company that it wants. Lincoln can introduce it organizational culture and incentive systems without a clash with another culture or system. While this strategy takes more time to execute, it yields greater long-run returns than the acquisition strategy.
    What lessons can be gleaned from the Mexican venture?

    International managers should understand better about the foreign culture that the company wants to invest in. Before foreign instruments are made, the company must understand fully about its culture and laws.

    The local managers should be train or paid a visit to the successful factories in the America. They should be taught about the culture and the incentive system. Then the managers can imply these to the factories in their own country.

    The culture can change slowly if truly it is a good culture. Worker can accept it if it more beneficial to them. The incentives systems are proven to make the worker more productive and make the worker earn more.

    References
    McDonald, F., & Burton, F. (2002). International Business (1st Ed.). London: Thomson.
    Electric, T. L. (2008, October 1). Lincoln Electric Company. Retrieved October 1, 2008, from Lincoln Electric Company Web Site: http://www.lincolnelectric .com/

    Isnin, 9 Februari 2009

    Peta Sabah

    Isnin, 2 Februari 2009