Jumaat, 12 Disember 2008

Perundangan Hutan

Faktor-faktor penyebab pembalakan haram di Malaysia.

1. Peguatkuasaan undang-undang yang lemah.
2. Pemantauan terhadap kawasan hutan tidak teratur.
3. Aktiviti rasuah berleluasa.
4. Permintaan yang tinggi terhadap kayu balak.
5. Untuk mengelakkan sistem pembayaran yang melampau terhadap kayu balak.


Akta Hutan Kebangsaan (1984)

Kuasa pegawai hutan:

Kuasa menangkap (Seksyen 88(1)), dan kuasa menyita hasil hutan yang menjadi perkara kesalahan (Seksyen 89). Kuasa ini diberikan kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan.

Hukuman ke atas pesalah:

1. Kategori I
Pindaan bagi kesalahan yang melibatkan "Denda tidak melebibi RM 10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua denda dan penjara" kepada "Denda tidak melebihi RM 500,000 dan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun". Pindaan ini adalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 15 (2) iaitu mengambil hasil hutan dari HSK atau Tanah Kerajaan tanpa lesen, permit atau mengikut undang-undang. Pindaan juga dibuat ke atas Seksyen 40 (2) iaitu kesalahan memindahkan hasil hutan daripada tanah berimilik, tanah di bawah Lesen Pendudukan Sementara, Tanah Lombong atau tanah rizab tanpa Lesen Pemindah, dan Seksyen 86 iaitu melancung, atau mencacat, atau memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan.

2. Kategori II
Pindaan bagi kesalahan yang melibatkan penalti denda tidak melebihi antara RM 5,000, RM 2,000, RM 1,000 dan RM 500 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi antara 2 tahun, 1 tahun, 6 bulan, 3 bulan atau kedua-dua denda dan penjara kepada Denda tidak melebihi RM 50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua denda dan penjara. Seksyen yang terlibat dengan pindaan kadar penalti ini adalah Seksyen 25(2), 32(2), 66(4), 67(2), 68(4)(a), 69(3)(a), 81(2)(b), 82(2), 84(1), 85(2), 87, 92(3), 93(2), 96(2), 97(2), 98(2), 100 dan 107.

3. Kategori lll
Pindaan bagi kesalahan yang dikenakan penalti denda tidak melebihi antara RM 1,000 dan RM 500 atau hukuman penjara tidak melebihi antara 6 atau 3 bulan atau kedua-dua denda dan penjara kepada Denda tidak melebihi RM 10,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua denda dan penjara. Seksyen yang terlibat adalah Seksyen 47(4), 68(4)(b), 69(3)(b), 81(2)(C) dan 83(2).

4. Kategori lV
Pindaan bagi kesalahan-kesalahan yang dikenakan penalti denda maksimum tidak melebihi RM 500 dipinda kepada denda tidak melebihi RM 10,000. Seksyen yang terlibat adalah Seksyen 50 dan 81(a) .

5. Kesalahan Berterusan
Pindaan pada kadar penalti dan denda bagi kesalahan berterusan iaitu di bawah Seksyen 25(2) (tidak mematuhi Notis Borang 2) juga dipinda daripada tidak melebihi RM 300 sehari kepada RM 1,000 sehari atau sebahagian daripada kesalahan itu jika didapati berterusan.

Tiada ulasan: